Khamis, 26 September 2013

Shawl VS Bawal


hurrmmm.. susahnya nak describe perasaan ni.. Korang pernah tak rasa macam ni:


*sukanya pakai shawl, hampir semua warna dah kumpul*

sebulan kemudian, tiba-tiba

*ala, dah jatuh hati ngan tudung bawal la pulak sekarang, tambah-tambah dah ada bawal paisley la, bawal cornetto la, bawal pelangi la...*


uuuwaaaaa... tu la yang atie rasa sekarang. Tak ke membazir. Haish, syaitan memang tak pernah habis menggoda.. hihi.. Nafsu membuak-buak nak beli, padahal yang lama masih elok lagi. Ada yang tak pernah pakai pun lagi.

Bila rasa dah berkenan ngan tudung tu, rasa nak ketuk-ketuk kepala sendiri, bagi sedar sikit yang tudung lain masih melambak kat rumah.. wahhh, melampau kan, sampai nak ketuk kepala... huhu

1 ulasan :

ayuzan berkata...

kalau atie jenis ikut trend..mmg pening la.. sbb kite mmg akan rasa trend terbaru tu lawa.. pdhal..era tu akan berpusing nanti..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...