Rabu, 4 September 2013

Terasa dalam diam

 

'Awak tak berada di tempat kami, awak boleh la cakap macam tu'

Sejak baru-baru ni sensitif sungguh hati dan perasaan ni.. huhu. Alkisahnya, seorang hamba Allah update status di FB 'bertunang lama-lama akan menyebabkan sesuatu menjadi susah dan macam-macam boleh berlaku'...

Secara otomatik, atie terasa dengan statement tu. Siapa yang tak nak nikah cepat sekiranya memang dah suka sama suka dan dah bertunang? sila la angkat tangan.. ^_^

Ye la, kami bertunang pada 30 Jan 2013. Dan atie sedar, ramai yang bertunang sekitar tarikh yang sama / selepas tu dah pun bernikah...

Situasi masing-masing berbeza. Setiap pasangan tu pasti ada masalah masing-masing. Contoh yang paling membelenggu pasangan yang bercadang nak nikah mesti duit kan. Nak buat majlis akad je, mesti semua nak 1 kenangan seumur hidup kan. Nak tak nak, kena buat majlis jugak. Nak harapkan duit mak ayah? dah tentu sekali tak. So, kumpul la duit sendirian berhad. Tambah-tambah harga minyak dah naik, terganggu sikit budget tiap bulan.. hihi..

Yup, setiap post di FB adalah hak masing-masing. So, atie tak salahkan sesiapa pun. Itu hak korang. Dan hati dan blog atie ni hak atie, so hak atie la nak update kat sini pulak.. hihi... gituuu...

Jodoh itu rahsia Allah, kita hanya mampu merancang dan mendoakan yang terbaik. Tolong doakan yang terbaik untuk kami ya.
 


1 ulasan :

ayuzan berkata...

manusia memang atie.. bukan nak doakan..malah bcerita dan mjangka yg tidak tidak. huhu..

sabar ya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...