Jumaat, 27 Disember 2013

Yummyy cottage pie yang mudah..


Assalamualaikum...

Mood menulis kembali lagi, dan entri tentang cottage pie ni sebenarnya dah agak lama tersimpan di dalam draft. Maksudnya dah lama buat ka kan... tapi baru nak hupdate...  Cottage pi atie ni cottage pie versi melayu... sebab atie ubah sikit daripada resepi asal mengikut anak tekak atie. Alhamdulillah, sedap..








ok, dah tengok gambar kita update resepi pulak.

Bahan untuk kentang: (partni atie main agak je, n banyak lagi part selepas ni yang memang atie main agak je pon.. hihi)


  • 5 biji kentang sederhana besar, di dadu dan di rebus bersama sedikit garam.
  • 1/2 cawan susu segar
  • 2 sb mentega
  • lada sulah
Lecekkan kentang yang telah direbus. Masukkan susu segar, jangan masuk semua sekali, agak-agak dah macam kentang putar di kfc tu stop. kemudian masukkan mentega dan lada sulah. Siap dan ketepikan.

Bahan untuk inti:
  • 400 gram daging kisar
  • bawang besar untuk menumis
  • 3 sudu tomato puree.. kalo suke masam boleh lebihkan
  • sedikit sos tomato
  • 3/4 tin kacang panggang
  • garam dan perasa secukupnya
  • lada sulah
Tumiskan bawang sehingga naik bau. Masukkan daging. Masak sehingga daging bertukar warna. masukkan tomato puree dan sos tomato. Kacau sampai rata. Kalo nak masukkan air sikit pun boleh kalo rasa was-was daging tu tak masak. Tapi atie tak masukkan air pun. Kemudian masukkan kacang panggang, garam, perasa dan lada sulah. Kalo rasa dah ok, dah boleh tutup api.

Jom tengok cara nak lapis cottage pie pulak, mudah je... gunakan bekas macam atie guna pun boleh, atau bekas kaca yang tahan panas..

Lapisan bawah sekali, ambil kentang yang dah di lenyek dan penuhkan permukaan bawah dengan kentang lenyek tersebut. Lapiskan pulak dengan inti daging. Atas sekali, tutupkan dengan lapisan kentang lagi. Kalo ada mozarella cheese boleh parutkan kat atas, Kalo takde tak letak pun ok.. 

Bakar di dalam oven, dalam 30 minit / sehingga permukaan atas cottage pie tersebut nampak kekuningan. Siap. Dah boleh di makan.


posted from Bloggeroid

Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...