Khamis, 30 Januari 2014

Kotak doorgift murah

Assalamualaikum...

Hari selasa lepas, selepas delivery snow cheese cake, atie singgah 1 kedai ni, tujuan utama hanyalah nak beli air. Bila dah masuk kedai tu ternampak la yang kedai tu sebenarnya ada la jual barang-barang kawen. Tengok punya tengok, ternampak dia jual kotak seperti di bawah. Boleh muat sebiji telur / 5 biji gula-gula lebih kurang. 1 bungkus ada 92 keping, dengan harga RM7.90. Maksudnya 1 kotak doorgift tersebut tak sampai RM0.10 pun. 

Atie pun tanya tuan punya kedai, mana tahu ada 1 warna je dalam 15 bungkus ke kan. Tapi malangnya takde. dan yang ade kat situ je la baki yang tinggal. Atie pun tanpa fikir panjang, borong semua. Ada 11 bungkus, tu pun xcukup lagi sebenarnya, sebab anggaran 1500 orang tetamu.

Kotak ni, atie hanya akan letak gula-gula sahaja untuk diberikan kepada tetamu selepas mereka menjamu selera. so, tak kisah la warna-warni pun, yang penting murah.. hahaha.. save budget betul.. kikiki... Yang penting, warna-warna yang berada di sekitar pelamin je yang kena match ngan tema. Yang lain-lain atie tak kisah sangat.

Oh ya, hampir terlupa.. Hari ni merupakan anniversary pertunangan kami yang pertama. Genap setahun kami bertunang. Lama? ya, memang lama. Sebab kami ambil masa ni untuk kumpul duit dan persiapkan diri sebelum melangkah ke alam baru. Kami bukanlah dari keluarga senang yang pa dan ma boleh sponsor majlis kami. Semua kami usaha dan kumpul sendiri. Sebab tu, kami bertunang agak lama.

Alhamdulillah, sepanjang tempoh setahun ni nak cakap tak gaduh lansung tu tipu la kan. Tapi, kami if gaduh / marah 1 sama lain pun tak kan simpan lama. Contoh, otw g kerja kami selalu ambil peluang tu tuk call 1 sama lain, dan tetiba tergaduh ke, tapi biasanya bila call time lunch nanti, 2 2 dah ok.. haaa.. kiranya, tak kan ambik hati dalam masa yang lama la.. hihi... ^_*

Dan, alhamdulillah lagi sekali in sha Allah pertengahan tahun ni kami akan bersatu sebagai suami dan isteri yang sah.. cewahhhh... gatal kan.. hihi... Semoga semuanya dipermudahkan. Amin..


posted from Bloggeroid

6 ulasan :

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) berkata...

Murah tu cik aty... memang kena bajet sungguh2 untuk kenduri kahwin ni cik aty supaya tak membazirkan...

Akak doakan semoga kekal sampai ke jinjang pelamin pertunangan kamu itu cik aty :)

Busyra Bt Takiyudin berkata...

murah ja. bajet.. bagus tu

cik atie berkata...

Amin...

cik atie berkata...

Aha.. memang semua nak bajet je.. hihi

Roha berkata...

bajet tu penting untuk merialisasikan suatu majlis yg sempurna..

akak doakan pertunangan atie sampai kejinjang pelamin dan berpanjangan hingga kesyurga amin..

cik atie berkata...

Terima kasih kak.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...