Khamis, 22 Mei 2014

Cheesekut sedap

Assalamualaikum..

Resepi yang dah lama bertapa dalam draft. Cheesekut ni atie buat minggu lepas. Alhamdulillah, walaupun dibuat hanya menggunakan biskut dan tidak di bakar, rasanya sangat sedap.



Resepi Cheesekut sedap:

Bahan-bahan:
1. Cream cheese 250 gram
2. Biskut marie (atie guna flavor biasa dan coklat)
3. 1/2 cawan susu pekat
4. 1/4 fresh milk
5. Nestum
6. Fresh milk - untuk lembutkan biskut

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese, susu dan fresh cream sampai sebati dan tak berketul-ketul. Siap part ni.
2. Rendam biskut marie sekejap je dalam susu fresh cream, dan terus susun dalam bekas yang kita nak dan rasa sesuai.
3. dah siap susun biskut, lapirkan dengan cream cheese yang dah sebati tadi. lapis sampai tak nampak dah biskut-biskut tu tadi.
4. Lepas lapiskan dengan cream cheese, taburkan pulak nestum sebanyak mana yang kita suka.
5. Ulang step 2 - 4 sampai semua bahan-bahan habis.
6. Simpan dalam peti sejuk. Atie simpan semalaman. Esoknya boleh makan da..



hihi.. senang je kan. Tak perlu oven bagai. Ada peti ais dah cukup. Alhamdulillah, memang sedap. ^_^ Selamat mencuba.


3 ulasan :

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) berkata...

Memudah tu Atie.. kena save resepi ni.. tq sharing atie :)

aTieYusof Family berkata...

Salam Atie..
nasib baik dah pernah makan.. member opis buatkan.. mmg sedap kan..:)

Aisyah Ghazi berkata...

Hello admin. I dh try your recepi. Mmg sedap and menjadi. Anak2 sedara datang rumah memang suka. Thx ya for sharing. Anyway, free2 jemput ke blog saya untuk info2 kekal fit and slim.

>>>Tips Slim & Fit Semula Jadi!<<<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...