Rabu, 7 Mei 2014

Sayur campur sos tiram

Assalamualaikum...

Eh, cerita pasal makanan lagi? Nampak sangat takde idea nak update ape kan.. Tapi takpe, as long as blog ni berupdate.. hihi...

Semalam punya resepi, sayur campur sos tiram.. Semua main campak je, dan 1 mangkuk tu atie habiskan sorang.. perut naga ke apa kan.. tapi sekarang, atie memang makan lauk sahaja.. Tak makan nasi.. Konon nya nak diet.. huhu.. Baru 4 hari je pun tak makan nasi, hari ni hari ke lima... adoi... Sebenarnya atie risau baju yang ditempah untuk majlis nanti tak muat. Majlis lebih kurang sebulan je lagi, so terpaksa berkorban sikit. Lagipun baju tak siap lagi dan belum fitting pun lagi.. Kalo dah cuba, dan confirm muat takpe la kan.. senang sikit rasa hati ni.. huhu..



Nah, nak tepek jugak resepi sayur campur sos tiram versi atie yang sangat mudah ni...

Bahan-bahan:
Bawang merah, bawang putih, sedikit halia, dan cili
Minyak untuk menumis
Brokoli
Cendawan
Putik jagung (betul ke nama ni, main hentam saje)
Tomato
(part sayur ni boleh tambah / kurangkan ikut anak tekak masing-masing)
Sikit udang
sikit sotong
(juga boleh tambah / kurangkan ikut anak tekak masing-masing)
Sos tiram
perasa 

Cara-cara:
Panaskan minyak. Tumiskan bawang merah, putih, halia dan cili. Dah garing, masukkan udang dan sotong. Nampak udang dan sotong dah hampir-hampir masak,masukkan sos tiram, gaul, masukkan segala jenis sayuran. Tambahkan sedikit air kalo nak, tak nak pun tak pe. Pastu boleh rasa, kalo agak-agak tak masin boleh la tambah garam. (sos tiram biasanya masin, so jangan tambah garam dulu sebelum di rasa ya, takut terlebih masin pulak nanti..) kalo dah ok, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

2 ulasan :

AtieYusof berkata...

selamat ber diet sis.. moga berjaya ya..hehe.. Kak semua sayur klu campur sos tiram mmg suka..:)

Unknown berkata...

Sedapnyaa.. main campak2 je semua..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...