Sabtu, 28 Jun 2014

Sphagetti bolognese sedap dan mudah

Assalamualaikum...

Menu kami semalam. Sebelum bulan puasa ni atie memang dah terasa nak makan sphagetti.. Balik kerja semalam terus tung tang tung tang kat dapur. Maka terhasillah sphagetti ni. Rasanya ni adalah kuah sphagetti yang paling sedap atie pernah buat selama ni.. Haha.. Resepi lebih kurang macam yang sebelum ni, cuma atie tambahkan kacang panggang...


Gambar dari dalam kuali tu ambik.. hehe

Untuk memudahkan atie di kemudian hari / korang yang rasa berminat nak buat, atie sertakan sekali resepi kat sini..

Bahan-bahan:
  1. 3 biji bawang putih (cincang halus)
  2. 1 biji bawang besar (cincang halus)
  3. daging kisar (agak-agak je)
  4. 1 botol sos sphagetti kimball
  5. air (ikut sukatan sos sphageeti kimball)
  6. cendawan butang (agak-agak / ikut suka)
  7. 1 tin kecil kacang panggang
  8. meat ball yang dah di goreng terlebih dahulu
  9. Garam
  10. Gula
  11. lada hitam
Cara-cara:
  1. Tumiskan bawang putih dan bawang besar sehngga garing.
  2. Masukkan daging kisar, masak sampai air daging tu kering.
  3. Masukkan sos sphagetti kimball dan air.
  4. Biarkan mendidih dan kuah sedikit pekat.
  5. Masukkan cendawan butang dan kacang panggang dan meat ball yang telah digoreng.
  6. Perasakan. (Garam, gula, lada sulah mengikut citarasa masing-masing).
  7. Siap dan sedia dihidang bersama sphagetti yang telah di celur.
*untuk sphagetti atie lebih suka guna angle hair berbanding sphagetti biasa tu.. Angle hair lebih halus dan tak muak sangat. Untuk rebus sphagetti, didihkan air, letak minyak dan garam sikit, rebus sphagetti sampai lembut.
Sempat tapau buat sarapan di ofis jap tadi.. ^_^





2 ulasan :

Sue Bee berkata...

yummyy..mmg sedap ni

Unknown berkata...

sedapppnaa.. serius xpernah makan lagi..heheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...