Selasa, 8 Julai 2014

Kegilaan dengan biskut semperit

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, Ramadhan ke 10 dah hari ni... Tahun ni atie sangat gila dengan biskut semperit atau biskut yang bentuk dia sama macam bunga biskut semperit.. Tahun lepas, semasa berkunjung ke rumah makcik atie, dia hidangkan biskut yang bentuk dia macam biskut semperit. Dan, rasanya sangat sedap. Sampai hari ni tak boleh lupa kesedapan biskut tu.. Cuma, terlupa nak tanya nama biskut tu apa sebenarnya.

Bila bentuk pun dah macam biskut semperit, atie mula la beli sana, beli sini.. Asalkan nampak bentuk biskut tu macam biskut semperit confirm akan beli. Tapi, setakat ni memang tak jumpa lagi biskut yang rasa dia macam yang atie makan kat rumah makcik atie tu. huhu..


Yang ni atie beli minggu lepas.. Orang tu cakap biskut dahlia. Tapi di sebabkan bentuk dia macam bunga biskut semperit, beli la jugak.. hehehe... Sebelum puasa hari tu pun ada beli 1 balang biskut semperit. Memang tak jumpa lagi rasa yang betul2 atie suka..

Resepi dah berlambak simpan. Cuma vitamin M sangat menebal sekarang. huhu... Bila la agaknya akan rajin dan buat sendiri ya... hihi... sesiapa ada resepi biskut semperit, jom share... ^_*

1 ulasan :

Siti Asiah berkata...

comel jerk semperit kalerful...;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...