Sabtu, 23 April 2011

Virgin Coconut Oil (VCO)

Assalamualaikum... :-)

Sebelum ni kan, selalu dgr org cerita tentang minyak kelapa dara (virgin coconut oil) nih, tp xtau secara detail g... tetibe hr tu, dlm minggu lepas terbaca post dr seorang kawan Miss Atie tentang kebaikan VCO ni... waktu tu cm xberminat g tau, just tanye ckit2 je... pastu g crk lg info psl VCO ni, n memang orang ramai bagi respon positif kat VCO ni... tup2, tau pulak ade org sm kampung yang memang jd agen n dh jual VCO ni, hehehe... ape lg, msj r kat fb suh die bwk n promote ckit tentang VCO ni...

Last2, ni yang Miss Atie dapat... hehehee


kotak n bekas...


kandungan(softgels, ade 60 bijik)


Cam teruja je nak try kan??? hehehe... boleh ke nak telan ni nnt ek??? terpk gak, sbb sbnrnye, Miss Atie memang jenis yang agak payah tuk telan kalo ubat2 yang jenis tablet... tp, ni softgel, ok kot... hehehe.... so, mulai hari ni Miss Atie akan mengamalkan VCO ni, kena minum 2 kali sehari pagi n malam... so, ok ke x, Miss Atie akan update kemudian...

Melalui ape yang Miss Atie bace, minyak kelapa dara ni diproses tanpa menggunakan haba atau kimia. ia menyimpan pelbagai khasiat yang tidak diketahui umum. Kajian ke atas minyak kelapa dara telah dilakukan oleh pakar-pakar negara barat sejak awal tahun 1930an lagi. kebanyakan kajian dilakukan ke atas penduduk di kepulauan Pasifik di mana kelapa menjadi sebahagian besar pemakanan harian. Pakar2 tersebut merumuskan bahawa suatu kandungan yang terdapat dalam kelapa yang di panggil lemak tepu dapat memberi pelbagai kesan positif keatas kesihatan manusia. Sebab itulah penduduk Kepulauan Pasifik begitu sihat dan mempunyai kadar berat badan dan ketinggian yang begitu baik. Mereka juga didapati tidak mengalami penyakit kronik seperti jantung dan kanser...

Jom, tengok ape antara kebaikan VCO ni:

  • membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolic.
  • Jika disapu, ia membantu mengurangkan infeksi, mencegah garis-garis halus
  • Mencantik, menghaluskan dan menganjalkan pada kulit muka dan seluruh badan
  • kulit muka tidak lagi berminyak
  • Lenguh2 dan sakit seluruh badan dapat dihilangkan
  • Melindungi tubuh daripada risiko kanser, penyakit jantung, tekanan darah tinggi, penyakit ginjal, hati dan lain2 penyakit
  • Mengatasi masalah monopos wanita
  • mencegah dan membunuh virus keputihan
  • Mengurangkan senggugut
  • Mengurangkan keadaan mudah lapar
  • Mempercepatkan penggantian sel2 mati dengan baru (kulit, jerawat)
  • Mengurangkan kadar kolestrol
  • Pertumbuhan rambut lebih baik dan kelemumur akan hilang

banyak tul ni, xlarat dah nak menaip... hehehe.. sape2 nak info lanjut leh google je ek... ade banyak sangat info sal VCO ni... Nak tau x nape Miss Atie nak try sangat VCO ni??? Sebabnye adelah.... leh kurangkan senggugut (bese r, pompuan kan) sbb Miss Atie memang mengalami senggugut yang agak teruk tau kalo pe'od... huhuhu... (sabar je la kan)... sebab k2 ialah, leh percepatkan penggantian sel mati... kalo ade parut2 jerawat ke kan, leh la nk hilangkan parut2 tu dgn cpt...

Harap sangat2, VCO ni akan beri kesan positif kat Miss Atie ek... hehehe... Aminn...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...