Isnin, 27 Jun 2011

Snow cheese cake - recipe...

Assalamualaikum semua....

Memandangkan ramai yang request resepi kek snow cheese cake, so Miss Atie publishkn dlm post ni ok... lagi senang... jimat masa n Miss Atie xperlu taip banyak kali... heeee...




Bahan-bahannya:

  • 6 bj telur (di buang 2 putihnya)
  • 100 gm gula halus
  • 100 gm tepung
  • 60 gm tepung jagung
  • 50 gm air sejuk
  • 1 sd teah baking powder
  • 2 sudu mkn ovallet
  • 75 gm mentega di cairkan


Untuk krim:

  • 1 kotak cheese philadelphia
  • 1 cwn susu pekat (satukan kedua-dua bahan dan pukul sehingga sebati dan tidak berketul2)

Topping:

  • 1/2 kotak craft cheddar cheese di parut

Cara-caranya:

  • putar gula dan ovallet sehingga sebati
  • masukkan telur, putar sehingga berkrim
  • masukkan tepung gandum, tepung jagung n 1 sd teh baking powder
  • masukkan air, dan mentega
  • putar sehingga sebati.
  • Dibakar dengan suhu 150 drjh celcius sehingga msk... jgn lupa tuk sapukan loyang dgn mentega dan juga di taur dengan tepung.
  • Setelah msk potong di tengah2 kek sehingga menjadi 2 bahagian. Kalau xmahir bab potong2 ni boleh la di bakar dlm 2 acuan yg berbeza...
  • Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan bahagian kedua di atasnya.
  • Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi keseluruhan kek.
  • Akhir sekali, taburkan cheese yang telah di parut tadi di keseluruhan kek sehingga menjadi toppingnya.
  • Masukkan ke dalam peti ais, dan di sejukkan dalam 2 jam.
  • Sedia untuk di makan.

ok, siappp... boleh try ek... pasti meletoppp.... heee... ape2 pertanyaan boleh di ajukan... ^_^

2 ulasan :

Tanpa Nama berkata...

salam..nak tanya..apa maksud
6 bj telur (di buang 2 putihnya)?
2 drpd 6 biji telur tu d buang putihnya dan yg lain tu x payah bunag putih ke?

Tanpa Nama berkata...

salam.. nak tanya..ada tak resepi cheesecake yg meleleh tu? yg mcam ada sos warna putih tu.. org jual dalam tupperware. kalo ada,boleh share? tq.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...