Jumaat, 25 November 2011

Resepi snow cheese cake...





permintaan dari BFF atie, timah aka moyang... die nak resepi snow cheese cake nih... eh, sebelum atie lupe, alhamdulillah follower blog buruk atie dah mencecah 300 orang... follower yang ke 300 tu adelah SERI... Jom terjah blog die... sweet jek.. hehe


k, berbalik kepada resepi... ^_^



ni la die snow cheese cake, atie buat hari isnin lepas rasenye... hehe


Resepi : Sherry mz@MyR

  • 6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
  • 100 gram gula halus
  • 100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga)atie gune tepung biase je...
  • 60 gram tepung jagung (maizena)
  • 50 gram air sejuk (dr peti ais)
  • 1 sudu teh baking powder
  • 2 sudu makan ovelet
  • 75 gram mentega (dicairkan)

  • UNTUK KRIM
  • 1 kotak cream cheese philadelphia
  • 1/2 tin susu pekat manis (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2.

  • UTK TOPPING
  • 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar.
2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 160C.
5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
9. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.


da siap... hehehe... sedap tau... cube jangan tak cube...



1 ulasan :

mas kitchen berkata...

Salam..cik atie...nak tanya telur ayam buang 2 putihnya... maksudnya cuma guna 4 biji telur ayam(putih dan kuning) 2 biji lagi kuning sahaja...btl x?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...