Rabu, 1 Februari 2012

50 cara buat duit depan PC (part 1)





sekadar untuk perkongsian bersama.. sumber, majalah PC...


1. E-Books

Jika anda memiliki kemahiran menulis serta professioan anda sekarang menarik untuk dikongsi bersama umum, apa salahnya mencuba menulis eBooks. Perisiannya percuma. Hasilkan sebuah buku dan muat naik sinopsisnya untuk menarik minat pembaca mendapatkan eBook sepenuhnya daripada anda, berbayar.


2. Pengaturcaraan

Pertambahan blog-blog di talian mewujudkan persaingan yang sihat antara satu sama lain. Jika ada yang ingin plugin ditambah supaya memudahkan ditemui dalam enjin carian blog dalam platform Wordpress mereka, apa salhnya anda tawarkan perkhidmatan. kelebihan untuk pengatur cara.


3. Perniagaan secara lansung dalam talian.

Sesuatu yang cuba-cuba juga boleh mejadi bisnes menguntungkan. Cara ini sangat popular dan ternyata ramai yang berjaya. Selain dapat memperoleh keuntungan anda juga dapat membina rangkaian.


4. Blog

Ribuan irang di seluruh dunia telah berjaya memperoleh ganjaran daripada kegemaran menulis di blog. Apabila memperoleh trafik yang memberansangkan maka anda hanya perlu menanti keuntungan.


5. Banner pengiklanan WEB

Menjual ruang iklan anda sendiri di talian adalah salah satu akedah pencarian wang yang paling menguntungkan depan PC. Ia membolehkan anda untuk mengurangkan komisen orang tengah dan menentukan kadar anda sendiri.


6. Domain

Jika punyai kemahiran apa salahnya melakukan jual beli domain untuk mendapat sedikit keuntungan.


7. Pemasaran perkongsian

Pemasaran perkongsian adalah satu amalan yang sangat popular di internet. Di bawah sistem ini anda mempunyai orang tengah yang membenarkan orang lain (rakan kongsi) menjual secara lansung atau tidak lansung produk dan perkhidmatan, pertukaran untuk komisen.


8. Rekaan

Manfaatkan kebolehan anda mereka bentuk baju atau apa sahaja menggunakan perisian komputer di talian.


9. Direktori Niche

Internet adalah terlalu besar untuk diterokai bersendirian. Anda mengambil bantuan enjin carian, tetapi ia mempunyai had masing-masing. Anda boleh mencipta laman web direktori yang menyediakan senarai produk atau lama-laman web dalam segmen tertentu. Siapa hendak maklumat, bayar pad anda.


10. Pembantu virtual

Bantu individu yang memerlukan bantuan. Jadikan diri anda pembantu virtual yang sangat berguna yang boleh respons bila-bila masa meskipun anda juga hanya Google jawapan. Kepercayaan terhadap respons pantas dan tepat akan menjadikan anda laris dan sentiasa buat duit depan PC...


To be continue... :)

1 ulasan :

Nilam suhana berkata...

untunglakan kalau pandai buat duit depan pc... segalanya dihujung jari...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...