Rabu, 31 Julai 2013

Resepi: Nasi Ayam

 
 Nasi ayam ni atie masak hari ahad yang lepas jugak. Hidangan nasi ayam tak lengkap sebab takde tomato n salad kat rumah. Tak de stok. Tapi nasi ayam ni memang sedap. Resepi yang akan atie simpan.

Lauk Ayam:
Kepak ayam (atie suka bahagian kepak)
Halia
Bawang putih
Bawang merah

Bahan perap:
Sos tiram
Kicap cair
Kicap manis
Madu

  
Kisar halia dan bawang putih dan bawang merah. Perap ayam dengan bahan kisar selama 30 minit.
Didihkan air di dalam periuk dan masukkan ayam tadi dan perlahankan api sehingga ayam setengah masak. Selepas itu angkat ayam tadi dan perapkan dengan bahan perap seketika. Kemudian, boleh lah di goreng.


Nasi Ayam:
Mentega
Bawang merah
Bawang putih
Halia
2 helai daun pandan
Susu full cream
Kiub pati ayam
Garam
Rempah penumis - bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis  


Basuh beras, tos dan letak dalam rice cooker.
Di dalam kuali masukkan mentega, tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang telah dikisar, bunga lawang, buah pelaga, kayu manis, dan daun pandan.
Setelah naik bau masukkan separuh daripada air rebusan ayam tadi, susu full cream, garam dan kiub pati ayam. (air rebusan ayam dan susu full cream ni atie agak2 je.. contoh, beras tadi 2 sukatan.. so maybe boleh ambik 1 1/2 sukatan beras tadi untuk air rebusan ayam, 1 sukatan susu full cream.. kiranya cukup untuk masak nasi la)
Biarkan mendidih dan tutup api. Tuang ke dalam beras tadi jika air tidak cukup tambah air biasa dan masak seperti biasa.


Sambal Cili
2 biji cili merah (boleh jugak guna cili padi, ikut pedas mana kita nak)
2 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu teh cuka
1 sudu teh garam 
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam


Blend cili dengan halia dan bawang putih. Masak di dalam kuali. Masukkan gula, garam dan cuka secukup rasa. Tambah sedikit air rebusan ayam. Masak dengan api kecil sehingga likat.  


Sambal Kicap
Air kicap hasil perapan ayam tadi dimasak di dalam kuali sehingga mendidih.  Angkat.


Kuah Sup
Serbuk ayam
Daun sup
Sup bunjut


Didihkan semula kuah sup sebelum nasi dihidang kan.

  Alhamdulillah, selamat mencuba.. ^_^

1 ulasan :

Siti Asiah berkata...

nampak sedap jerk chicken wing tu...Asiah ni hantu ayam. semua part ayam Asiah suke...salam knnal yea...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...