Ahad, 12 Januari 2014

Diy bunga rozet

Assalamualaikum...


 
Sesi men'Diy bermula. Sebenarnya atie dah mulakan dalam 2 minggu lepas. Eh, awalnya kan? bukan apa, bunga dada ni atie nak kena siapkan minimum 50 pcs, 1 malam kadang-kadang atie hanya dapat siapkan 2 kuntum je.. huhuhu... slow yang amat hokey buat kerja.. Tapi semalam atie dapat siapkan 5 kuntum... wahhhh... Atie cuma nak memastikan kualiti bunga yang dihasilkan memuaskan hati atie sendiri. Dan, orang lain memang tak dibenarkan tolong.. Takut nanti tak memenuhi piawaian... kemain lagi kan.. hihi..
Bunga rozet ni atie sediakan untuk ajk2 lelaki sahaja. Untuk yang perempuan ada design lain. Untuk menyiapkan bunga rozet ni atie cuma menggunakan riben, gam uhu, gunting, dan pin kat sebelah belakang sahaja. In sha Allah, memang jimat dan berbaloi...
 
Korang rasa, cantik tak? ok tak?

1 ulasan :

ayuzan berkata...

ok sangat atie. comel!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...